Burung kakak tua bawa keuntungan lumayan
KUALA LUMPUR - Parrot Farm Enterprise (Parrot Farm) bercadang untuk mendirikan sebuah ladang ternakan dan pembiakan
burung di negara ini kerana memiliki prospek pelaburan yang baik.Menurut Pengarah Operasinya, Shek Nizam Shek Mamad, ladang tersebut yang dijangka membabitkan kos hampir RM1 juta itu mampu membawa keuntu- ngan kira-kira RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.
Katanya, ladang ternakan dan pembia- kan tersebut perlu dibangunkan secara komersial kerana permintaan daripada peminat haiwan peliharaan itu bertambah setiap tahun.
"Kami akan memfokuskan kepada pembiakan burung kakak tua
daripada spesies African Gray kerana memiliki permintaan yang tinggi yang mana bagi setiap burung jenis itu akan dicari oleh 20 orang peminatnya,'' katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.Menurut beliau, burung ini semakin popular kerana ia merupakan spesies haiwan peliharaan yang bijak, kekerapan membiak dengan bertelur sebanyak tiga kali setahun dan lebih menarik lagi ia tidak memerlukan sebarang permit atau lesen daripada mana-mana pihak berkuasa.
"Sepasang African Gray boleh menghasilkan antara dua hingga tiga biji telur setiap kali bertelur dan seekor anak burung itu boleh dijual pada harga mini- mum RM2,000 seekor.
"Apabila anak burung
itu dewasa, nilainya semakin bertambah sehingga mencecah kira-kira RM4,000 sehingga RM6,000 sepasang bergantung kepada nilai harga yang ditawarkan oleh penjual.Menurutnya, harga sepasang
burung kakak tua spesies ini selalunya ditentu- kan oleh habitatnya yang lebih segar seperti di ladang berbanding di kedai jualan haiwan peliharaan yang membuatkan binatang itu agak tertekan dan sukar untuk bertelur,'' jelasnya.Selain African Gray, Shek Nizam menjelaskan, spesies burung kakak tua yang lebih besar seperti Blue and Gold Wing Macaw juga memiliki nilai yang tinggi.
"Baru-baru ini kami berjaya membiakkan seekor anak
burung masing-masing daripada jenis tersebut dan sudah ada pembeli yang menempahnya dengan harga RM12,000 seekor,'' ujarnya.Sementara itu, Shek Nizam berkata, selain berpotensi menjadi pusat pelanco- ngan, Parrot Farm telah menjadi pusat rujukan dan kajian di kalangan pelajar jurusan veterinar dari Universiti Putra Malaysia.
Parrot Farm yang beroperasi sejak 2002 dan terletak di Taman Sri Gombak di sini kini mempunyai kira-kira 25 spesies burung kakak tua
seperti Eastern Rosella, Green Wing Macaw, Cockatoo, Amazon Blue Forted dan Orange Wing.sumber : rakanusahawan.blogspot.co
0 komentar:
Posting Komentar