E-mail dari Sarikei :
Salam Tuan,
Saya berasal dari Sarikei, Sarawak.Saya memang mengikuti perkembangan blok tuan sejak setahun lebih lepas dan tip dari blog tuan, saya membina sendiri rumah burung walit saya (20x24x2 -bawah simen & atas saya pakai diding adbestos 2 lapis).
Saya berasal dari Sarikei, Sarawak.Saya memang mengikuti perkembangan blok tuan sejak setahun lebih lepas dan tip dari blog tuan, saya membina sendiri rumah burung walit saya (20x24x2 -bawah simen & atas saya pakai diding adbestos 2 lapis).
Saya juga ada mengjenguk blog walit yang berbahasa orang putih yang saya percaya dimliki org kaum lain (cina). Tuan, saya ingin medapat sedikit penjelasan daripada tuan cara berkesan & mudah untuk menghalau burung hantu ini (walaupun saya telah mengunakan tip dari blog & tunjuk ajar kawan-kawan). Rumah saya sering kali didatangi burung hantu pada malam hari, 3 kali saya jumpa sarang burung hantu (dgn burung betina &telurnya sekali) didalam rumah burung saya. lepas tu saya pasang lampu dekat dengan pintu masuk BH dan papan yang dipasang dengan paku (bahagian tajam paku diatas permukaan pintu masuk supya bila burung hantu masuk kakinya akan landing di atas paku dan berasa sakit & serik untuk masuk semula).
Dua bulan pertama aman, selepas tu ada lagi kedengaran suara burung hantu dari dalam rumah BH, saya pasang lagi pagar pada pintu dengan mengunakan dawai RC (utk membuat tulang lantai) sebab saya pilih pakai pagar dawai tersebut supaya burung dapat melaluinya walaupun lambat buka pagar. setiap petang & subuh pintu akan ditarik & buka secara manual dengan mengunakan tali. Hasilnya 3 bulan aman, lepas tu ada lagi kedengaran suara burung hantu.
Ssekarang saya pasang jaring hitam halus untuk menangkap burung dan dipasang pada pintu pagar, hasilnya saya dapat seekor burung hantu selepas 1 minggu memasangnya. tapi cara ini terlalu berisiko yang burung walit akan tersangkut juga pada jaring bilamana saya terlupa atau terlambat utk membuka pintu. (nak pakai pintu gate auto terlalu mahal).
Harap tuan sudi dan berbesar hati dapat memberi nasihat bagaimana cara berkesan untuk menghalau burung hantu ini. Teringin juga nak intip & tembak sahaja burung hantu ni, tapi sampai bila?.
Komen Penulis.
Sebenarnya tidak mudah untuk sukses dalam industri burung walit ini. Ganguan musuh adalah ganguan yang perlu diatasi segera. Diantara ganguan yang sering berlaku ialah ganguan pemangsa seperti burung hantu, burung helang, burung sesewah, biawak, ular, cicak lipas, tikus dan sebagainya. Musuh yang paling besar ialah pencuri dan perompak.
Bagaimana untuk menghalangnya ?. Ini adalah persoalanyang agak sukar untuk dijelaskan.
Mungkin para penjenguk boleh memberi penjelasan untuk membantu kawan kita dari Sarikei ini.Masalah yang dihadapi beliau adalah ganguan burung hantu. Berbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah burung hantu ini.
Burung hantu sifatnya memburu mangsa waktu malam. Sebelum menangkap mangsa ia memerlukan tempat landing terlebih dahulu. Oleh itu cuba chek dalam rumah buruing tuan berapa banyak tempat landing yang ada. Jika boleh ubah suai tempat-tempat yang boleh digunakan oleh burung hantu untuk landing. Sebagai contoh gunakan cermin diatas binkai pintu masuk dalam keadaan curam agar ia akan terjatuh semasa hendak landing. Cara lain ialah dapatkan kerjasama pemburu untuk memburu burung hantu dengan menembak atau memasang jerat dan sebagainya. Itu yang pernah saya lakukan suatu ketika dahulu. Hari ini saya tidak lagi menghadapi masalah burung hantu.
sumber : http://jahaniwalit.wordpress.com/
0 komentar:
Posting Komentar