Pages

Senin, 27 Januari 2014

pengenalan Burung Hantu

.

Burung Hantu
Julat zaman: Paleosen Akhir – Kini
Northern Spotted Owl
Strix occidentalis caurina
Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Kordata
Kelas:Aves
Subkelas:Neornithes
Infrakelas:Neognathae
Superorder:Neoaves
Order:Strigiformes
Wagler, 1830
Famili
Sinonim
Strigidae sensu Sibley & Ahlquist
Burung Hantu jenis Ninox rufa di Zoo Negara Malaysia
Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang aktif pada waktu malam (nokturnal) dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burungbiasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang (nightjars). Susunan ini terbahagi kepada dua famili (yang masih wujud):

Ciri-ciri

Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berbanding burung hantu jantan.
Mata burung hantu dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang. Burung ini juga dapat memusingkankan kepalanya 135 darjah ke kedua-dua belah, memberikannya bidang penglihatan yang bagus. Bagaimanapun, burung ini mengalami rabun dekat, ia tidak dapt melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul di hadapannya.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikuscencorot, burung lain dan sebagainya.
Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya berwarna putih dan mempunyai cangkerang yang keras yang dieramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.

sumber : wikipedia.com

0 komentar:

Posting Komentar